16892-47651-1-SM (1)

Description
llll

Please download to get full document.

View again

of 12
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Information
Category:

Documents

Publish on:

Views: 5 | Pages: 12

Extension: PDF | Download: 0

Share
Transcript
   ISL  A  MIYY   A T 38(1) 2016: 3 - 13 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3801-01) Pendekatan Baharu al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi dan al-Imam Muhammad ‘Abduh dalam Memajukan Masyarakat Islam The New Approach of al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi and al-Imam Muhammad‘Abduh in Developing the Muslim Society A DNAN  M OHAMED  Y USOFF  N OOR   L IZZA  M OHAMED  S AID A MIRUDDIN  M OHD  S OBALI ABSTRAK   Al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi ialah seorang daripada tokoh yang banyak berjasa dalam sejarah kebangkitan masyarakat Islam di Tanah Melayu. Kehadiran beliau ke Tanah Melayu ialah atas permintaan tokoh-tokoh dan para aktivis Islam tempatan membawa misi untuk memajukan masyarakat Islam rantau ini dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kejahilan, kemunduran dan kelempuran. Selari dengan kebangkitan umat Islam global yang rata-rata sedang berada di bawah genggaman penjajah, terutama di rantau Timur Tengah yang menjadi pusat kebangkitan  semula umat Islam, kehadiran tokoh dari sana amat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, misi ini bukanlah suatu yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dan pelbagai rintangan terpaksa diharungi, sama ada dari luar mahupun dalam, dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita murni ini. Dari penelitian terhadap pendekatan yang dibawa oleh tokoh ini, serta tindak balas yang yang diterima dari pendekatan baharu yang dibawanya, didapati banyak persamaan dengan sejarah perjuangan tokoh besar pelopor kebangkitan para ilmuwan dan aktivis Islam era moden, iaitu al- Imam Muhammad ‘Abduh. Kajian ini bertujuan untuk meneliti secara perbandingan pendekatan yang diambil oleh kedua-dua tokoh dalam usaha untuk membangkit dan memajukan masyarakat Islam di tempat masing-masing, serta tindak balas yang diterima terhadap pendekatan ini dan sejauh mana pula kecekalan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani rintangan dan cabaran ini demi kesinambungan sebuah perjuangan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang berlandaskan pengumpulan data dari pelbagai sumber, seterusnya analisis dilakukan bagi menjawab  persoalan berkaitan, mengikut kerangka kajian yang ditentukan. Dapatan penting kajian ini ialah wujud persamaan antara pendekatan, tindak balas serta respon balas mereka berdua terhadap tindak balas yang diterima itu, yang akhirnya telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keberhasilan serta kesinambungan perjuangan mereka di era berikutnya. Kata kunci: ‘Abd Allah al-Ghadamsi; Muhammad ‘Abduh; pembaharuan; Islam di Tanah Melayu ABSTRACT  Al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi is one of the gures who were contributing a lot in the history of the rise of Muslim community in Malaya. His presence in Malaya was on the request of gures and local Islamic activists to lead the mission to progress Islamic society in this region and release them from ignorance, retrogression and weakness. In  parallel with the rise of global Muslim societies who commonly were under the colonial control especially in Middle  East, which considered as the centre of the rise of Islam, the leaders’ presence from there was cordially welcomed.  Nevertheless, this mission was not an easy duty. So as to realise this noble dream, there were so many challenges and obstacles from external and internal parties had been faced. Through the study on the approach brought by this  scholar and the response from his contemporary style, it seems like the history of struggle of a scholars’ emergence and modern Islamic activist pioneering gure named al-Imam Muhammad ‘Abduh, in several ways. Comparatively, this study aims the approach applied by these two scholars to develop the Muslim community in their places, its reaction which was received because of that approach, and the method used to overcome the challenges based on their wisdom and grit for the sake of the struggle contiunity. This qualitative research is formed by data collection  from various sources and analysed to respond related issues following the framework has been decided. The ndings of this important research are the similarities in approaches and responses which leave the deep impact into the continuity their legacy to the next age. Keywords: ‘Abd Allah al-Ghadamsi; Muhammad ‘Abduh; reformation; Islam in Malaya Islamiyyat 38(1) Bab 1.indd 32/15/2017 4:28:06 PM  4  Isl  a miyy a t 38(1) PENGENALANDalam sejarah kebangkitan pemikiran dan gerakan  pembangunan masyarakat Islam di Malaysia, al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi (seterusnya al-Ghadamsi) merupakan satu daripada nama besar yang menyumbang kepada kebangkitan sebuah generasi dan aliran baharu dalam pengurusan hal-ehwal Islam. Beliau bersama beberapa tokoh lain bertanggungjawab untuk membentuk asas  pemikiran dan pendekatan dakwah dalam aliran ini. Sesuai dengan cabaran dan perkembangan semasa umat Islam, al-Ghadamsi telah mengambil  beberapa pendekatan penting sebagai satu usaha untuk menyuburkan semula roh Islam dalam jiwa masyarakat Islam, seterusnya meniupkan semangat dalam jiwa setiap individu muslim untuk bangkit keluar dari belenggu kemiskinan, kejahilan, kemunduran dan penjajahan. Antara pendekatan  penting dalam usaha pembangunan masyarakat  beliau ialah membawa pembaharuan dalam sistem  pendidikan Islam, menggunakan media sebagai antara medium dakwah, memerangi amalan bidaah dan khurafat yang berakar umbi dalam kehidupan  beragama masyarakat. Sekiranya ditinjau dari aspek perkembangan  pemikiran dan gerakan kebangkitan ummah semasa zamannya di peringkat global, didapati pendekatan yang dibawa oleh al-Ghadamsi banyak persamaannya dengan aliran baru pemikiran dan gerakan kebangkitan umat Islam yang sedang berkembang  pesat ketika itu. Gerakan ini dipelopori oleh al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan dikembangkan secara meluas oleh muridnya, al-Imam Muhammad ‘Abduh (seterusnya ‘Abduh). Justeru, kajian ini merupakan satu usaha untuk membuat sedikit  perbandingan antara pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini,   al-Ghadamsi dan ‘Abduh dalam usaha murni mereka untuk mengeluarkan umat Islam dari belenggu kemiskinan, kejahilan, kemunduran dan penjajahan.LATAR BELAKANG AL-GHADAMSIAl-Shaykh al-Qadi Abu Jabir ‘Abd Allah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn ‘Abd Allah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayrawani al-Balawi al-Ghadamsi al-Maghribi dilahirkan di Ghadamas, Libya pada tahun 1310H/1892 (al-Gharyani 2007). Dalam sejarah perkembangan pemikiran umat Islam di Tanah Melayu, al-Ghadamsi terkenal sebagai seorang daripada tokoh yang bertanggungjawab membawa paradigma baru dalam usaha membangun dan memajukan masyarakat. Cabaran serta situasi semasa masayarakat Islam di Tanah Melayu ketika itu menuntut para aktivis Islam untuk mengambil  pengalaman tokoh ilmuwan di peringkat global.Sehubungan itu, al-Ghadamsi telah terpilih dan menerima jemputan pentadbiran Madrasah al-Mashoor yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dan aktivis Islam di Pulau Pinang pada tahun 1916 (Ahmad 1980), untuk memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru dan pentadbir. Beliau tiba di Tanah Melayu pada tahun 1918 melalui Singapura dan terus bertolak ke Pulau Pinang menuju ke Madrasah al-Mashoor (al-Gharyani 2007). Setelah beberapa ketika berkhidmat sebagai antara tenaga pengajar dan penggerak utama madrasah, beliau dilantik sebagai mudir madrasah untuk tempoh 1918-1920 (http://sch.el.net.my/smaml/). Selepas dua tahun berkhidmat di Madrasah al-Mashoor, beliau dijemput oleh rakan-rakan ulamanya di Perak untuk menyumbang bakti di Madrasah al-Idrisiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (al-Gharyani 2007).   Beliau seterusnya dilantik menjadi mudir madrasah untuk tempoh 1928-1932 (Nidzamuddin & Syed Ahmad Tarmizi 2007) berdasarkan pengalaman luas serta pengetahuan tingginya (al-Gharyani 2007). Sepanjang perkhidmatannya di madrasah ini, beliau  berusaha untuk memajukan sistem pendidikan dan memperbaharui kurikulum pengajian yang diikuti oleh para pelajar. Walau bagaimanapun, usaha beliau ini telah mengundang rasa tidak senang para guru dan ilmuwan yang cenderung untuk mempertahankan sistem sedia ada lantas menolak pembaharuan yang cuba diterapkan. Hal ini membawa kepada berlakunya persaingan antara dua aliran sehingga membawa kepada campur tangan sultan yang berpihak kepada golongan kedua. Dengan kuasa sultan, al-Ghadamsi akhirnya diperintahkan supaya meninggalkan Perak dalam tempoh 24 jam (al-Gharyani 2007). Al-Ghadamsi meninggalkan Perak dan kembali ke Pulau Pinang untuk meneruskan perjuangannya dalam pendidikan dan dakwah. Di sini, beliau terlibat dalam menghidupkan semula sebuah sekolah, iaitu Madrasah al-Amirah Maria (Sekolah Tengku Maria), yang telah ditutup sejak sekian lama sehingga berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang  berjaya. Seterusnya, beliau berjaya menubuhkan sebuah sekolah agama untuk pelajar lelaki dan  perempuan mengikut sistem pendidikan Islam moden yang lengkap dengan asrama. Sekolah ini Islamiyyat 38(1) Bab 1.indd 42/15/2017 4:28:06 PM  5  Pendekatan Baharu al-Shaykh ‘Abd Allah al-Ghadamsi dan al-Imam Muhammad ‘Abduh diberi nama sebagai Madrasah al-Huda al-Diniyyah. Usaha beliau di sini telah mendapat sokongan yang kuat dari penduduk setempat. Hasilnya, segala usaha dan idea pembaharuan beliau dapat disalurkan melalui pengajaran dan pentadbiran, bukan sahaja kepada para pelajar bahkan juga kepada masyarakat setempat (al-Gharyani 2007). Selain dari bidang pendidikan, al-Ghadamsi turut terlibat dalam arena politik, kebajikan sosial dan penyiaran tempatan dan antarabangsa. Pada tahun 1919 misalnya, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang menyokong al-Sharif Husayn sebagai khalifah. Pada tahun 1934, beliau  bersama beberapa aktivis media lain menubuhkan sebuah jaringan penulis Melayu yang dikenali sebagai ‘Sahabat Pena’ dan dilantik sebagai penasihat dan  pelbagai aktiviti lain sehingga menimbulkan rasa tidak senang pihak penjajah (al-Gharyani 2007). Al-Ghadamsi akhirnya meninggalkan Tanah Melayu  pada tahun 1946 untuk kembali ke Makkah dan meneruskan perjuangan beliau sebagai seorang tokoh  pendidik, pentadbir dan ilmuwan Islam yang berjasa di luar tanah tumpah darahnya. Beliau akhirnya meninggal dunia di Makkah pada 7 Ramadan 1395H bersamaan 12 September 1975, setelah menyumbangkan khidmat baktinya tanpa mengenal erti jemu dan penat (al-Gharyani 2007).PENDEKATAN BAHARU AL-GHADAMSI DALAM MEMAJUKAN MASYARAKAT ISLAMBerasaskan pengamatan terhadap latar belakang usaha dan sumbangan beliau sepanjang berada di Tanah Melayu, didapati beberapa aspek pembaharuan telah diterapkan oleh al-Ghadamsi dalam pendekatan yang diambil bagi mendidik dan memajukan umat Islam di rantau ini. Bagi meringkaskan  perbincangan, tumpuan akan diberikan kepada tiga aspek penting yang dapat dilihat secara jelas dalam sejarah kebaktian beliau di Tanah Melayu, iaitu: aspek pendidikan, media dan penyiaran serta  pembantersan amalan bidaah dan khurafat yang tersebar dengan meluas dalam kehidupan beragama masyarakat dewasa itu. ASPEK PENDIDIKAN Pendidikan ialah aspek paling penting dalam sumbangan al-Ghadamsi terhadap perkembangan dan kemajuan Islam di Tanah Melayu. Sepanjang keberadaannya di Tanah Melayu, beliau bukan sahaja terlibat secara langsung dalam bidang  pendidikan sebagai seorang pendidik, bahkan turut memikul tanggungjawab pengurusan sebagai mudir atau pengetua, bahkan pengasas kepada beberapa institusi pendidikan yang terbukti amat berjasa dalam melahirkan tokoh-tokoh terbilang negara (Adnan 2007). Pelbagai bentuk pembaharuan telah dibawa oleh al-Ghadamsi bersama tokoh-tokoh ilmuwan lain yang sealiran dengan perjuangan beliau dalam memajukan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Antaranya ialah seperti mengemaskan sistem  pendidikan sekolah agama dengan meningkatkan kecekapan tadbir urus, melengkapkan keperluan  prasarana, memelihara kebajikan pelajar dan membina hubungan dengan institusi pendidikan Islam terkemuka di luar negara. Bagi menjamin sistem tadbir urus pendidikan berjalan dengan cekap dan efisien misalnya, sumber-sumber menyebut bahawa sewaktu berkhidmat sebagai mudir Madrasah al-Mashoor, beliau menubuhkan sebuah  jawatankuasa khas di peringkat pentadbiran yang  bertanggungjawab memantau perjalanan pengajaran dan pembelajaran serta hubungan guru dan pelajar (Adibah & Ezad Azraai 2007). Sumber-sumber juga menyebut bahawa dengan peningkatan kecekapan tadbir urus kewangan yang beliau perkenalkan,  pihak pengurusan berjaya menyelamatkan Madrasah al-Mashoor dari ditutup kerana masalah kewangan ( Warta Negara  1947). Di bawah pentadbiran  beliau juga prasarana sekolah al-Mashoor telah dipertingkat dan dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih selesa sesuai dengan keperluan pelajar, guru dan kakitangan yang semakin bertambah. Atas kesedaran perlunya penempatan yang selamat dan kemudahan yang selesa bagi menjamin pencapaian akademik yang lebih cemerlang, beliau berusaha dan  berjaya mendapatkan sumbangan para dermawan untuk membina bangunan baru di sebuah kawasan  baru pada tahun 1920 (Adnan 2007). Sepanjang perkhidmatannya dalam sektor  pendidikan, al-Ghadamsi berusaha membawa  pembaharuan dalam kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah agama. Antara pembaharuan yang dibawa ialah menyusun semula mata pelajaran yang diajar dengan menambah komponan pengajian Islam secara lebih meluas seperti tafsir al-Quran, hadis, faraid, Bahasa Arab komunikasi, sejarah Islam dan sastera Arab. Selain ilmu keagamaan, ilmu-ilmu semasa seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu hisab dan sains kesihatan turut diintegrasikan dalam kurikulum pengajian (Adnan 2007). Beliau turut memperkenalkan aktiviti ko-kurikulum buat julung kalinya kepada para pelajar bagi meningkatkan kecergasan, kreativiti serta daya saing mereka. Islamiyyat 38(1) Bab 1.indd 52/15/2017 4:28:06 PM  6  Isl  a miyy a t 38(1) Antara aktiviti ko-kurikulum yang diterapkan dalam kurikulum pengajian di bawah seliaan beliau ialah  bola sepak, sepak takraw dan latihan ketenteraan (Nidzamuddin & Syed Ahmad Tarmizi 2007). Bagi menjamin akiviti ko-kurikulum berjalan seperti yang dirancang, beliau sendiri akan turun padang setiap kali selesai menunaikan solat Asar, agar tiada pelajar yang mengambil peluang melakukan aktiviti lain (al-Gharyani 2007).Dari sudut aliran pemikiran mazhab, al-Ghadamsi membawa satu pendekatan baru kepada  para pelajar dan masyarakat Islam di Tanah Melayu umumnya. Beliau berusaha untuk mengajak para  pelajar dan ahli ilmu supaya menilai sesuatu  permasalahan agama berdasarkan kekuatan dalil dan hujah, serta tidak terikat sepenuhnya dengan satu mazhab tertentu. Beliau menyeru supaya setiap amalan dan pegangan keagamaan hendaklah  bersandarkan sandaran nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Beliau turut mengemukakan pandangan para ulama mujaddid   Islam tentang keperluan ijtihad dan  penelitian semula permasalahan agama dari sudut keperluan dan kondisi semasa umat Islam. Sebagai contoh, semasa memimpin arus perkembangan  pesat Madrasah al-Idrisiyyah di Perak, beliau telah menjadikan kitab Subul al-Salam  karya al-San‘ani dan  Nayl al-Awtar   karya al-Shawkani yang membincangkan hukum-hakam agama berdasarkan  perbandingan dalil daripada hadis, sebagai hadiah galakan kepada pelajar cemerlang (Mohd Sarim 2007). Hal ini telah menimbulkan perselisihan yang  besar antara beliau dengan para ilmuwan daripada aliran bertentangan sehingga membawa kepada  penyingkiran beliau seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.Bagi menjamin masa depan pelajar yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan kerjaya,  beliau berusaha keras untuk membina hubungan institusi pendidikan agama di Tanah Melayu, terutama Madrasah al-Mashoor, Madrasah al-Idrisiyyah dan Madrasah al-Huda al-Diniyyah, dengan institusi pendidikan tersohor di luar negara, termasuk al-Azhar al-Sharif bagi memberi ruang kepada para pelajar Tanah Melayu melanjutkan  pengajian di institusi-institusi berkenaan (Mohd Sarim 2007). Pada tahun 1919, beliau berjaya mengutuskan rombongan pertama pelajarnya untuk melanjutkan pengajian di Mesir. Pada tahun 1923, rombongan kedua berlepas ke Mesir untuk meneruskan pengajian di sana. Pada tahun 1924 pula,  beliau berjaya mengutuskan lima pelajar ke Makkah untuk melanjutkan pengajian di sana. Manakala pada tahun 1940, serombongan pelajar beliau berlepas ke Iraq untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pendidikan di sana di bawah biayaan  biasiswa Raja Iraq. Pada tahun 1941 pula, beliau  berjaya menghantar pelajar-pelajarnya melanjutkan  pengajian di al-Azhar al-Sharif   dengan biasiswa Raja Farooq I sendiri (al-Gharyani 2007). MEDIA DAN PENYIARAN Selain ketokohannya dalam bidang pendidikan, al-Ghadamsi turut terkenal dalam bidang penulisan dan penyiaran. Beliau bersama Syed Alwi al-Hadi anak kepada Syed Sheikh al-Hadi telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan para  penulis Tanah Melayu yang diberi nama ‘Sahabat Pena’ pada tahun 1934. Pertubuhan ini menjadi medan untuk mereka berinteraksi dan mengatur  pelbagai aktiviti dalam membangkitkan kesedaran keagamaan dan nasionalisme masyarakat. Antara yang paling penting ialah penerbitan sebuah majalah yang terkenal dalam sejarah penerbitan dan penyiaran di Tanah Melayu, iaitu majalah Saudara  (Mohd Sarim 2007). Melalui majalah ini, al-Ghadamsi menyebarkan idea pembaharuan dan seruan dakwahnya agar masyarakat Islam bangkit membebaskan diri mereka daripada belenggu kemunduran, kejahilan dan penjajahan. Artikel-artikel beliau yang membangkitkan semangat para aktivis dan masyarakat Islam di Tanah Melayu disiarkan menerusi majalah ini. Antaranya ialah artikel menyeru umat Islam bangkit menentang gerakan Kristianisasi terhadap masyarakat orang asli Sakai pada tahun 1933, seruan supaya masyarakat Islam Tanah Melayu memberikan sumabangan kepada saudara mereka yang ditimpa bencana kebuluran pada tahun 1935 (al-Gharyani 2007), dan seruan supaya masyarakat Islam sedar tentang  penguasaan bangsa asing terhadap ekonomi dan sumber kekayaan negara (Mohd Sarim 2007). AMALAN BIDAAH DAN KHURAFAT Al-Ghadamsi tiba di Tanah Melayu dalam suasana masyarakat Islamnya masih kuat berpegang kepada kepercayaan karut serta khurafat dan masih kuat mempertahankan amalan bidaah yang diwarisi sejak turun temurun. Beliau secara berterusan sama ada melalui pengajaran mahupun penulisan menyeru kepada pembasmian kepercayaan khurafat dan amalan bidaah. Di sekitar daerah tempat beliau  berada, beliau berjaya menghentikan perkara-perkara tersebut yang telah menjadi budaya dalam pelbagai  perayaan seperti upacara menyambut bulan Safar dan Islamiyyat 38(1) Bab 1.indd 62/15/2017 4:28:07 PM
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks